˄

Pemeriksaan Kanser Payudara

  • Pemeriksaan saringan membolehkan awda mengetahui sama ada awda mempunyai penyakit walaupun awda tidak mempunyai gejala dan/atau tanda-tanda penyakit. Pengesanan awal bermakna awda boleh mendapatkan rawatan awal. Kawalan yang baik terhadap keadaan ini boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik.

  • Pemeriksaan Kanser Payudara akan melibatkan pemeriksaan mamogram yang akan menggunakan x-ray untuk mengambil imej payudara dayang bagi mengesan kanser payudara.

  • Kelayakan untuk Pemeriksaan Kanser Payudara:

    a.    Wanita warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia 40-69 tahun 
    b.    Tidak pernah menghidap kanser payudara
    c.    Tiada mempunyai sebarang penyakit payudara
    d.    Tidak pernah menjalani pemeriksaan mammogram dalam tempoh 3 tahun kebelakangan