˄

Pemeriksaan Saringan Kanser Kolorektal

  • Pemeriksaan saringan membolehkan awda mengetahui sama ada awda mempunyai penyakit walaupun awda tidak mempunyai gejala dan/atau tanda-tanda penyakit. Pengesanan awal bermakna awda boleh mendapatkan rawatan awal. Kawalan yang baik terhadap keadaan ini boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik.

  • Pemeriksaan Kanser Kolorektal memerlukan awda untuk memberi sampel najis dan sampel tersebut akan diperiksa di makmal untuk mengesan darah dalam najis dengan menggunakan ujian yang dipanggil 'Faecal Immunochemical Test (FIT)’.

  • Kelayakan untuk Program Pemeriksaan Kanser Kolorektal adalah:

    a.    Warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia 50-75 tahun
    b.    Tidak mempunyai sejarah kanser kolorektal (usus)
    c.    Tidak menjalani pemeriksaan najis untuk mengesan darah dalam tempoh 2 tahun kebelakangan
    d.    Tidak menjalani kolonoskopi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.