˄

SETELAH MENDAFTAR

  • Setelah menghantar borang pendaftaran:

    Jika kelayakan awda untuk menyertai program pemeriksaan ini disahkan, awda akan dihubungi oleh Jururawat Pemeriksaan Kesihatan dan diberi dua tarikh seperti berikut:


    • Tarikh pertama:

      Untuk ujian najis

      Awda perlu menghantar sampel najis awda (bekas simpanan sampel najis perlu diambil sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh pertama) di klinik kesihatan awda.


    • Tarikh kedua:

      Untuk berjumpa dengan Jururawat Pemeriksaan Kesihatan bagi mendapatkan keputusan ujian najis awda dan kaunseling



      Sekiranya awda layak untuk pemeriksaan faktor risiko kardiovaskular, keputusan ujian darah awda akan dimaklumkan juga.