˄

SETELAH MENDAFTAR




  • Setelah menghantar borang penyertaan:

    Setelah disahkan layak untuk menyertai program ini, awda akan dihubungi oleh Jururawat Pemeriksaan Kesihatan dan diberi dua tarikh seperti berikut:


  • Tarikh pertama:
    Untuk mengambil darah berpuasa. Awda perlu berpuasa selama 12 jam sebelum darah diambil. Awda tidak dibenarkan mengambil makanan dan minuman sebelum ujian.


  • Tarikh kedua:
    Untuk berjumpa dengan Jururawat Pemeriksaan Kesihatan. Pemeriksaan fisikal seperti pengiraan berat badan, ketinggian, tekanan darah dan ukuran pinggang akan dijalankan. Jururawat juga akan bertanya beberapa soalan berkaitan dengan kesihatan awda. Selain itu, keputusan ujian darah awda juga akan dimaklumkan dan nasihat tentang gaya hidup sihat akan disampaikan jika perlu.


Sekiranya awda layak untuk pemeriksaan kanser kolorektal, awda akan dapat menghantar sampel najis awda pada hari yang sama.